❦ ✦ ❦
Orang Yang Akan Dibersihkan Daripada Sebarang Syirik

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERINTAH ALLAH

Oleh Adnan Al-Yani

Dua Perkara Dalam Perintah Allah

“BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”
(Surah An-Nisā' ayat 66)

Di sini ada dua perkara.

I
Yang pertama “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI”

Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI” ialah seseorang itu perlu melakukan perintah Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan perintah Rasulullah SAW yang apabila dilakukan perintah tersebut hikmah yang akan berlaku ialah akan hilang keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri.

II
Kedua “KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”

Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah “KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU” ialah melakukan perintah yang telah diperintahkan oleh Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan perintah yang telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW yang terkandung di dalam sunnahnya yang apabila dilakukan perintah tersebut, hikmah yang akan berlaku ialah akan mengeluarkan seseorang yang melakukan perintah tersebut dari “KEGELAPAN SYIRIK KEPADA CAHAYA TAUHID”.

2. Surah Al-Baqarah ayat 257

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (syirik) kepada cahaya (tauhid). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (tauhid) kepada kegelapan (syirik). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

5. Surah Al-Mā'idah ayat 16

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (syirik) kepada cahaya (tauhid) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

JADI SETIAP ORANG YANG INGIN MENUJU KEPADA JALAN YANG LURUS ATAU MENJADI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK MESTILAH MENGETAHUI APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERINTAH ALLAH
“BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”
(Surah An-Nisā' ayat 66)

Dan bagaimanakah yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.

76. Surah Al-'Insān ayat 29

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76. Surah Al-'Insān ayat 30

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya).

MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH YANG MANA SATU...

Salah Satu Daripada Perintah Allah

Salah satu daripada perintah Allah yang apabila dilakukan hikmahnya akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri ialah seperti yang terkandung di dalam SURAH AL-MUZZAMMIL ayat 8.

Surah Al-Muzzammil ayat 8

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepada-Nya dengan sebulat-bulat tumpuan.

7. Surah Al-'A`rāf ayat 205

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Ini adalah cara untuk menyebut nama Allah dengan lisan lidah dan secara tersembunyi di dalam hati yang perlu dilakukan sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.

Bagaimana hendak menyebut nama Allah dengan lisan lidah boleh dilakukan mengikut daripada firman Allah pada:

Surah Al-'Isrā' ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ‘Allah’ atau nama ‘Ar-Rahman’, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati boleh dilaksanakan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam sabda Rasulullah SAW.

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

  • Pejamkan mata mu,
  • Tongkat kan lidah mu ke langit2,
  • sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Sebelum Daripada Melakukan Perintah

Sebelum daripada melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah SAW seperti di atas terlebih dahulu:

Setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana untuk melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah SAW seperti di atas sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah....

Setelah tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana cara untuk melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah seperti di atas mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah....

Barulah dilakukan perintah Allah:

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepada-Nya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Dengan cara tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata iaitu tidak melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah.

Tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi iaitu tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, memikirkan dengan fikiran dan tidak ada lagi yang terlintas di dalam hati tentang perkara-perkara yang menunjukkan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri.

Tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi iaitu tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, memikirkan dengan fikiran dan tidak ada lagi yang terlintas di dalam hati tentang keberadaan Allah di ketika sedang dan masih merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri.

Setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Sebut Allah, Allah, Allah dengan lisan lidah tanpa putus.

Setiap sebutan Allah yang disebut itu hendaklah dituju kepada sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Di tempat pertemuan di antara menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Sehingga sebutan Allah yang disebut dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah berlaku di dalam satu masa yang sama dan menyatu menjadi satu.

Di sinilah tempat berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah di mana tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah akan menjadi “PENYAKSIAN”.

Dan menyebut nama Allah akan menjadi sebagai “PENGAKUAN” bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah ialah sifat ketuhanan Allah.

“PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH”

“PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH” hanya berlaku di tempat pertemuan di antara menyebut nama Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah yang telah berlaku di dalam satu masa yang sama sehingga menyatu menjadi satu.

Sebelum berlaku pertemuan di antara menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah sehingga menjadi satu tidak akan berlaku “PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN” kepada sifat ketuhanan Allah.

Iktibar Pengajaran Dari Peristiwa Nabi Musa

PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH AKAN BERLAKU SEPERTIMANA IKTIBAR PENGAJARAN DARI PERISTIWA NABI MUSA MEMOHON UNTUK MELIHAT ALLAH
7. Surah Al-'A`rāf dari ayat 143

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihat-Mu”. Allah berfirman: “Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihat-Ku”, Setelah Tuhannya “Tajalli” kepada gunung itu, (maka) “Tajalli-Nya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.

Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: “Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada-Mu, dan akulah orang yang awal pertama beriman.

Keterangan Hadis Yang Dicatatkan Dalam Sumber

Perkara yang sama telah berlaku kepada Saidina Ali sepertimana telah diperjelaskan di dalam sebuah hadis.

hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi

Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?

Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah.

Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah.

Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.

Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?

Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.

Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.

Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.

Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda:

Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata: Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.

“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”. Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata: Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.

“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.

10. Surah Yūnus ayat 32

Maka yang demikian (sifat-Nya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran?

10. Surah Yūnus ayat 33

(Sebagaimana benarnya ketuhanan itu bagi Allah sahaja) demikianlah benarnya kalimah ketetapan hukum Tuhanmu, terhadap orang-orang yang fasik kerana bahawasanya mereka tidak beriman.

11. Surah Hūd ayat 112

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Di sini belum dibincangkan cara hendak menyebut Allah secara tersembunyi di dalam hati.

Jangan Lakukan Perkara Yang Apabila Dilakukan Akan Membatalkan Amal

Sebelum daripada seseorang itu melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah SAW seperti di atas, seseorang itu perlu tahu dan boleh menghuraikan sendiri apakah yang dimaksudkan dengan syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Supaya ia tidak melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah SAW yang disertakan dengan masih dan sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Jika seseorang itu melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah SAW yang masih dan sedang disertakan dengan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi..

Akan gugur segala amal yang dilakukan di dalam keadaan syirik
47. Surah Muĥammad ayat 33

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!

Di dalam Surah Muĥammad ayat 33 Allah berfirman dan menyeru orang-orang yang beriman supaya taat kepada Allah dengan mengikut firman-Nya dan taat kepada Rasulullah SAW dengan mengikut sabdanya dan hendaklah melakukan amal yang tidak disertakan dengan sebarang syirik kerana amal yang dilakukan yang disertakan dengan melakukan sebarang perbuatan syirik akan membatalkan amal yang dilakukan tersebut.

39. Surah Az-Zumar ayat 65

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: “Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.

6. Surah Al-'An`ām ayat 88

Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).

Yang membatalkan amal yang dilakukan ialah perbuatan sekutukan Allah dengan yang lain.

Oleh yang demikian, setiap orang mesti jangan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik.

Untuk membolehkan supaya seseorang itu tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik, ia mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik, sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Kesimpulan

Kesimpulan daripada keterangan seperti di atas ialah orang yang telah melakukan perintah Allah

“BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”
(Surah An-Nisā' ayat 66)

yang akan dilakukan mengikut dari apa yang tersurat dan yang tersirat di dalam firman Allah pada:

Surah Al-Muzzammil ayat 8

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepada-Nya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu boleh dilakukan mengikut firman Allah pada:

Surah Al-'Isrā' ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ‘Allah’ atau nama ‘Ar-Rahman’, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Dan menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati mengikut sepertimana:

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

  • Pejamkan mata mu,
  • Tongkat kan lidah mu ke langit2,
  • sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah....

Adalah merupakan orang yang sedang memohon sepertimana firman Allah pada:

1. Surah Al-Fātiĥah ayat 6
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

1. Surah Al-Fātiĥah ayat 7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Yang merupakan amal yang makbul.

35. Surah Fāţir ayat 10

Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.

Kerana Allah janji akan pimpin orang yang telah melakukan perintah-Nya

“BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”
(Surah An-Nisā' ayat 66)

Ke jalan yang lurus iaitu menjadi sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik.

Dan Allah tidak pernah mengubah janji-Nya.

30. Surah Ar-Rūm ayat 6

Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janji-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

10. Surah Yūnus ayat 44

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.

OlehADNAN AL-YANI