❦ ✦ ❦
Orang Yang Akan Dibersihkan Daripada Sebarang Syirik

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN OLEH SESEORANG SUPAYA IA BOLEH MENUMPUKAN KEPADA SIFAT KETUHANAN YANG BUKAN YANG DIRASAKAN SEBAGAI SIFAT DIRI SENDIRI DAN KEPADA SIFAT KETUHANAN YANG BUKAN YANG DISANGKA SEBAGAI SIFAT ALLAH?

Oleh Adnan Al-Yani

Syirik, Pembahagiannya Serta Perkara-Perkara Yang Apabila Dilakukan Akan Menyebabkan Berlakunya Syirik

Untuk membolehkan seseorang itu menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah, setiap seorang perlu mengetahui apa itu syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Syirik adalah mengadakan tuhan yang lain di sisi, di samping atau bersama-sama Allah sama ada yang telah:

  • dilakukan dengan perbuatan anggota badan
  • diperkatakan dengan lisan lidah
  • difikirkan dengan akal fikirannya atau
  • ada yang terlintas di dalam hatinya

Syirik ialah melakukan perkara-perkara yang menerangkan sedang mengadakan tuhan yang lain di sisi, di samping atau bersama-sama Allah.

6. Surah Al-'An`ām ayat 19

Bertanyalah (wahai Muhammad): “Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?” (Bagi menjawabnya) katakanlah: “Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?” Katakanlah: “Aku tidak mengakuinya”. Katakanlah lagi: “Hanyasanya Dialah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)”.

Syirik terbahagi kepada 3 iaitu syirik yang terang, syirik yang tersembunyi, syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi....

Syirik Yang Terang

Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang terang ialah melakukan ritual penyembahan seperti menyembah matahari, menyembah patung, menyembah api dan lain-lain.

10. Surah Yūnus ayat 16
قُل لَّوْ شَاءَ اللَّهُ مَا تَلَوْتُهُ عَلَيْكُمْ وَلَا أَدْرَاكُم بِهِۖ فَقَدْ لَبِثْتُ فِيكُمْ عُمُرًا مِّن قَبْلِهِۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika Allah kehendaki (supaya aku tidak membacakan Al-Quran ini kepada kamu), tentulah aku tidak dapat membacakannya kepada kamu, dan tentulah Ia tidak memberitahu kamu akan Al-Quran ini (dengan perantaraanku); kerana sesungguhnya aku telah tinggal dalam kalangan kamu satu masa yang lanjut (dan kamu pula mengenal aku sebagai seorang yang amanah) sebelum turunnya Al-Quran ini; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?”

10. Surah Yūnus ayat 17
فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ كَذَّبَ بِآيَاتِهِۚ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْمُجْرِمُونَ

Dengan yang demikian, tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat-Nya. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan berjaya.

10. Surah Yūnus ayat 18
وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَٰؤُلَاءِ شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللَّهِۚ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللَّهَ بِمَا لَا يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِۚ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: “Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Ia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha Suci Allah dan tertinggi keadaan-Nya dari apa yang mereka sekutukan.”

10. Surah Yūnus ayat 19
وَمَا كَانَ النَّاسُ إِلَّا أُمَّةً وَاحِدَةً فَاخْتَلَفُواۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ فِيمَا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Dan (ketahuilah bahawa) manusia pada mulanya tidak memeluk melainkan agama yang satu (agama Allah), kemudian (dengan sebab menurut hawa nafsu dan Syaitan) mereka berselisihan. Dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu Kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga hari kiamat), tentulah telah diputuskan hukuman di antara mereka (dengan segeranya di dunia) mengenai apa yang mereka perselisihkan itu.

16. Surah An-Naĥl ayat 72
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِۚ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ اللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ

Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?

16. Surah An-Naĥl ayat 73
وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَمْلِكُ لَهُمْ رِزْقًا مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ شَيْئًا وَلَا يَسْتَطِيعُونَ

Dan mereka menyembah benda-benda yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberikan mereka sebarang rezeki pemberian dari langit dan bumi, dan mereka pula tidak berdaya sama sekali mendapat kuasa itu.

16. Surah An-Naĥl ayat 74
فَلَا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الْأَمْثَالَۚ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

19. Surah Maryam ayat 81
وَاتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ آلِهَةً لِّيَكُونُوا لَهُمْ عِزًّا

Dan mereka yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka.

19. Surah Maryam ayat 82
كَلَّاۚ سَيَكْفُرُونَ بِعِبَادَتِهِمْ وَيَكُونُونَ عَلَيْهِمْ ضِدًّا

Tidak sekali-kali! Bahkan benda-benda yang mereka pertuhankan itu mengingkari perbuatan mereka menyembahnya, dan akan menjadi musuh yang membawa kehinaan kepada mereka.

21. Surah Al-'Anbyā' ayat 22
لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَاۚ فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.

21. Surah Al-'Anbyā' ayat 23
لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ

Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak.

21. Surah Al-'Anbyā' ayat 24
أَمِ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ آلِهَةًۖ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْۖ هَٰذَا ذِكْرُ مَن مَّعِيَ وَذِكْرُ مَن قَبْلِيۗ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ الْحَقَّۖ فَهُم مُّعْرِضُونَ

Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku”. (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, dengan sebab itulah maka mereka berpaling ingkar.

21. Surah Al-'Anbyā' ayat 25
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepada-Ku”.

22. Surah Al-Ĥaj ayat 67
لِّكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا هُمْ نَاسِكُوهُۖ فَلَا يُنَازِعُنَّكَ فِي الْأَمْرِۚ وَادْعُ إِلَىٰ رَبِّكَۖ إِنَّكَ لَعَلَىٰ هُدًى مُّسْتَقِيمٍ

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.

22. Surah Al-Ĥaj ayat 68
وَإِن جَادَلُوكَ فَقُلِ اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ

Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: “Allah Amat mengetahui akan apa yang kamu lakukan.”

22. Surah Al-Ĥaj ayat 69
اللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

“Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya”.

22. Surah Al-Ĥaj ayat 70
أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِۗ إِنَّ ذَٰلِكَ فِي كِتَابٍۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.

22. Surah Al-Ĥaj ayat 71
وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا وَمَا لَيْسَ لَهُم بِهِ عِلْمٌۗ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ

Dan mereka menyembah yang lain dari Allah iaitu benda-benda yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan membenarkannya, dan yang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan (ingatlah) tiadalah bagi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syirik) itu sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan (di dunia dan di akhirat).

22. Surah Al-Ĥaj ayat 72
وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ تَعْرِفُ فِي وُجُوهِ الَّذِينَ كَفَرُوا الْمُنكَرَۖ يَكَادُونَ يَسْطُونَ بِالَّذِينَ يَتْلُونَ عَلَيْهِمْ آيَاتِنَاۗ قُلْ أَفَأُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكُمُۗ النَّارُ وَعَدَهَا اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُواۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali!”

36. Surah Yā-Sīn ayat 74
وَاتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ آلِهَةً لَّعَلَّهُمْ يُنصَرُونَ

Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).

36. Surah Yā-Sīn ayat 75
لَا يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَهُمْ وَهُمْ لَهُمْ جُندٌ مُّحْضَرُونَ

Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.

36. Surah Yā-Sīn ayat 76
فَلَا يَحْزُنكَ قَوْلُهُمْۘ إِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ

Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.

51. Surah Adh-Dhāriyāt ayat 50
فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِۖ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ

(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): “Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.

51. Surah Adh-Dhāriyāt ayat 51
وَلَا تَجْعَلُوا مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۖ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ

“Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata”.

51. Surah Adh-Dhāriyāt ayat 52
كَذَٰلِكَ مَا أَتَى الَّذِينَ مِن قَبْلِهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا قَالُوا سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ

Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: “Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila”.

51. Surah Adh-Dhāriyāt ayat 53
أَتَوَاصَوْا بِهِۚ بَلْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ

Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu? (Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya).

51. Surah Adh-Dhāriyāt ayat 54
فَتَوَلَّ عَنْهُمْ فَمَا أَنتَ بِمَلُومٍ

Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau memberi amaran kepada mereka).

51. Surah Adh-Dhāriyāt ayat 55
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.

51. Surah Adh-Dhāriyāt ayat 56
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.

Syirik Yang Tersembunyi

Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi ialah sangkaan kepada ada diri sendiri dan makhluk lain sama ada yang telah dilakukan dengan cara:

  • memperkatakan dengan lisan lidah
  • memikirkan dengan fikirannya
  • dan ada terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain.

Syirik Yang Tersembunyi Lagi Tersembunyi

Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ialah sangkaan kepada ada Allah yang dilakukan sama ada dengan cara:

  • memperkatakan dengan lisan lidah
  • memikirkan dengan fikirannya
  • dan ada terlintas di dalam hatinya

Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain.

34. Surah Saba' ayat 20
وَلَقَدْ صَدَّقَ عَلَيْهِمْ إِبْلِيسُ ظَنَّهُ فَاتَّبَعُوهُ إِلَّا فَرِيقًا مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya).

34. Surah Saba' ayat 21
وَمَا كَانَ لَهُ عَلَيْهِم مِّن سُلْطَانٍ إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يُؤْمِنُ بِالْآخِرَةِ مِمَّنْ هُوَ مِنْهَا فِي شَكٍّۗ وَرَبُّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ

Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.

34. Surah Saba' ayat 22
قُلِ ادْعُوا الَّذِينَ زَعَمْتُم مِّن دُونِ اللَّهِۖ لَا يَمْلِكُونَ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ وَمَا لَهُمْ فِيهِمَا مِن شِرْكٍ وَمَا لَهُ مِنْهُم مِّن ظَهِيرٍ

Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): “Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi, dan mereka tiada sebarang bahagian perkongsian (dengan Allah) dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi, dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari mereka”.

34. Surah Saba' ayat 23
وَلَا تَنفَعُ الشَّفَاعَةُ عِندَهُ إِلَّا لِمَنْ أَذِنَ لَهُۚ حَتَّىٰ إِذَا فُزِّعَ عَن قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْۖ قَالُوا الْحَقَّۖ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ

Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, (maka orang-orang yang hendak memohon syafaat terpaksa menunggu izin itu dengan penuh perasaan takut dan bimbang) sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka (dengan pemberian izin itu) bersukarialah mereka dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri: “Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu?” Sebahagian di antara mereka menjawab: “Tuhan telah menitahkan kebenaran”; dan Dialah jua Yang Maha Tinggi keadaan-Nya, lagi Maha Besar kekuasaan-Nya.

34. Surah Saba' ayat 24
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata”.

34. Surah Saba' ayat 25
قُل لَّا تُسْأَلُونَ عَمَّا أَجْرَمْنَا وَلَا نُسْأَلُ عَمَّا تَعْمَلُونَ

(Oleh itu) katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan, dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan”.

34. Surah Saba' ayat 26
قُلْ يَجْمَعُ بَيْنَنَا رَبُّنَا ثُمَّ يَفْتَحُ بَيْنَنَا بِالْحَقِّ وَهُوَ الْفَتَّاحُ الْعَلِيمُ

Katakanlah lagi: “Tuhan kita akan menghimpunkan kita semua (pada hari kiamat), kemudian Ia akan menyelesaikan perselisihan yang ada di antara kita dengan penyelesaian yang benar; dan Dialah jua Hakim yang seadil-adilnya, lagi Yang Maha Mengetahui segala-galanya”.

Iktibar Daripada Surah Saba' Ayat 27

Surah Saba' ayat 27

Katakanlah lagi:

“Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutu-Nya.

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Di dalam firman di atas Allah telah menerangkan bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang ada pada makhluk yang dipandang sebagai keberadaan makhluk tersebut. Adalah merupakan apa yang telah dihubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutu.

Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk sesuatu selain daripada Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutu-Nya.

INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI

Seterusnya di dalam surah dan ayat yang sama juga, Allah berfirman memperjelaskan bahawa tidak ada pada sesuatu makhluk sifat-sifat ketuhanan itu.

Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan.

Di sini memperjelaskan lagi bahawa sesiapa yang merasakan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan dirinya sendiri di samping ada Allah sebenarnya sedang berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah.

21. Surah Al-'Anbyā' ayat 29

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: “Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah”, maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

KEBERADAAN DIRI SENDIRI DIISTILAH PADA DIRI SENDIRI APABILA DISEBUT AKAN DISEBUT SEBAGAI AKU

SEDANG MERASAI ADA DIRI SENDIRI JIKA DIHURAIKAN SECARA LISAN AKAN MEMBAWA MAKNA BAHAWA ORANG YANG SEDANG MERASAKAN KEBERADAAN, KEAKUAN DAN KEUPAYAAN DIRINYA SENDIRI SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH.

KITA TAHU ADA DAN SEGALA SIFAT KETUHANAN SEPERTI (ILMU, HAYAT, QUDRAT, IRODAT, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAINNYA) ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA DAN BERSIFAT DENGAN SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH.

APABILA KITA MERASA DIRI KITA BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA BERMAKNA KITA SEDANG MERASAI SIFAT KETUHANAN ALLAH (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT DIRI KITA SENDIRI.

OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT KETUHANAN ALLAH, MAKA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI BERMAKNA KITA SEDANG MELETAKKAN SIFAT KETUHANAN ALLAH KEPADA DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA).

Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri membawa makna sedang bertuhankan kepada nafsu sendiri sepertimana firman Allah.

25. Surah Al-Furqān ayat 43

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?

45. Surah Al-Jāthiyah ayat 23

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahui-Nya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

ATAU DENGAN KATA LAIN SEDANG MENJADIKAN KEBERADAAN, KEAKUAN DAN KEUPAYAAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN SELAIN DARIPADA ALLAH, SEDANG MENJADIKAN YANG BUKAN TUHAN IAITU KEBERADAAN, KEAKUAN DAN KEUPAYAAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN DI SISI, DI SAMPING ATAU BERSAMA-SAMA ALLAH.

Hawa nafsu sendiri atau keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri bukan tuhan tetapi telah dijadikan sebagai tuhan yang lain di sisi, di samping atau bersama-sama Allah.

Ini adalah perbuatan sedang sekutukan diri sendiri dan makhluk-makhluk dengan Allah.

Begitu juga jika seseorang itu memandang ada makhluk selain daripada ada Allah membawa makna ia sedang meletakkan sifat ketuhanan Allah kepada makhluk tersebut yang membawa erti sedang menjadikan makhluk tersebut sebagai tuhan selain daripada Allah, bermakna sedang bertuhankan kepada dua atau lebih Tuhan selain daripada Allah membawa makna sedang menyengutui Allah dengan sesuatu yang lain. Keadaan ini juga dipanggil sebagai syirik.

16. Surah An-Naĥl ayat 22

Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).

16. Surah An-Naĥl ayat 51

Dan Allah berfirman: “Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.

Apabila seseorang telah membaca firman Allah pada Surah Saba' ayat 27, tahulah ia bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk termasuk pada diri sendiri adalah sifat ketuhanan kepunyaan Allah, makhluk tidak akan bersifat dengan sifat ketuhanan. Maksudnya makhluk tidak mempunyai sifat ketuhanan, sifat ketuhanan yang ada pada makhluk akan dirasakan sebagai sifat makhluk tersebut kerana seseorang itu masih memandang keberadaan makhluk tersebut dengan meletakkan sifat ketuhanan kepada makhluk tersebut.

Sebenarnya sifat ketuhanan yang ada pada makhluk tersebut adalah sedang menunjuk atau menerangkan itu adalah sifat ketuhanan Allah.

Ini yang telah diketahui, semasa diketahui yang sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk itu adalah sifat ketuhanan Allah, jauh di dalam rasa perasaan yang merasai seseorang itu tetap akan merasai akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah. Dengan pengetahuan yang diketahui ini tidak akan menghilangkan akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu yang lain, selain daripada Allah.

Maksudnya dengan mengetahui bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan, keakuan dan keupayaan dirinya sendiri.

Setiap seorang tidak boleh memperkatakan yang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat Allah di ketika ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan dirinya sendiri kerana apa yang akan berlaku ialah dia akan memperkatakan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan atau yang sedang disangka sebagai sifat diri sendiri itu adalah sebagai sifat ketuhanan Allah.

Keadaan ini akan berlaku dengan cara yang tidak disedari.

Seseorang yang sedang memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sendiri adalah sifat Allah di dalam keadaan ia sedang merasai akan keberadaan dirinya sendiri menyangka bahawa apa yang telah diperkatakan tersebut ia telah mengesakan Allah tetapi sebenarnya apa yang sedang diperkatakan tersebut adalah merupakan syirik kerana sebenarnya ia sedang menyangka keberadaan dirinya yang sedang dirasakan keberadaannya itulah yang akan disangka sebagai keberadaan Allah.

INI ADALAH SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI

Apakah Yang Perlu Dilakukan Untuk Menjadi Seorang Yang Dibersihkan Daripada Sebarang Syirik

Yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah satu jalan yang lurus yang Iblis tidak boleh hasut dan yang akan sentiasa dipelihara oleh Allah.

15. Surah Al-Ĥijr ayat 39

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15. Surah Al-Ĥijr ayat 40

“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.

15. Surah Al-Ĥijr ayat 41

Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

15. Surah Al-Ĥijr ayat 42

“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

17. Surah Al-'Isrā' ayat 65

Sesungguhnya hamba-hamba-Ku (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

38. Surah Şād ayat 82

Iblis berkata: “Demi kekuasaan-Mu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -

38. Surah Şād ayat 83

“Kecuali hamba-hamba-Mu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas”.

Firman Allah Yang Menjelaskan Ikhlas Ialah Bersih Daripada Sebarang Syirik

29. Surah Al-`Ankabūt ayat 65

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepada-Nya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepada-Nya.

TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK
31. Surah Luqmān ayat 22

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.

39. Surah Az-Zumar ayat 2

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya.

39. Surah Az-Zumar ayat 3

Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”, sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).

KESIMPULAN DARI FIRMAN ALLAH SEPERTI DI ATAS IALAH IKHLAS SAMA ERTINYA DENGAN BERSERAH DIRI BULAT-BULAT KEPADA ALLAH DAN JUGA MEMBAWA MAKSUD KEPADA BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK.

Hendaklah Melakukan Sesuatu Perkara Dengan Cara Yang Dikehendaki Oleh Allah Dan Rasul

76. Surah Al-'Insān ayat 29

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76. Surah Al-'Insān ayat 30

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya).

MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...

BUKAN MENGIKUT PANDANGAN ATAU PENDAPAT MASING-MASING SEPERTI YANG TELAH DISABDAKAN OLEH RASULULLAH SAW.

5. Surah Al-Mā'idah ayat 105

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”.

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

“Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan.

SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING

Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”.

[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]

ATAU BUKAN MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG.

43. Surah Az-Zukhruf ayat 86

Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahui-Nya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).

43. Surah Az-Zukhruf ayat 87

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan-Nya)?

43. Surah Az-Zukhruf ayat 88

Dan (Dialah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhan-Ku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepada-Mu untuk mengadilinya)!”

43. Surah Az-Zukhruf ayat 89

(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): “Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: `Selamat tinggallah!` Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!”

JANGAN MENGELUARKAN PENDAPAT SECARA AGAK-AGAK SAHAJA, ATAU JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG BADAN DIRI SENDIRI TIDAK MERASAI DAN MENGALAMI SENDIRI, KERANA MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN.
51. Surah Adh-Dhāriyāt ayat 6

Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.

51. Surah Adh-Dhāriyāt ayat 7

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,

51. Surah Adh-Dhāriyāt ayat 8

Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).

51. Surah Adh-Dhāriyāt ayat 9

Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).

51. Surah Adh-Dhāriyāt ayat 10

Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,

51. Surah Adh-Dhāriyāt ayat 11

(Iaitu) orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).

Orang Yang Tenggelam Di Dalam Kejahilan Ialah Orang Yang Melakukan Perbuatan Syirik

Ini telah diperjelaskan di dalam firman Allah pada Surah Al-A'raf pada ayat 138.

Surah Al-A'raf ayat 138

Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan. Nabi Musa menjawab: Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.

Perkara Pertama Yang Perlu Dilakukan

Jangan dilakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Jangan melakukan ritual penyembahan seperti menyembah patung-patung, menyembah matahari, menyembah bulan, menyembah api dan lain-lain lagi kerana perbuatan ini akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata.

Jangan menyangka-nyangka kepada ada diri dengan cara tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, tidak lagi memikirkan dengan fikirannya dan jangan ada yang terlintas di dalam hatinya tentang keberadaan diri dan keberadaan makhluk-makhluk lain, kerana sangkaan kepada ada diri dengan cara:

  • memperkatakan dengan lisan lidah
  • memikirkan dengan fikirannya
  • dan ada terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan diri dan keberadaan makhluk-makhluk lain akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

Jangan menyangka-nyangka kepada sangkaan ada Allah yang dilakukan dengan tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, tidak lagi memikirkan dengan fikirannya dan tidak ada lagi yang terlintas di dalam hatinya yang ada hanya Allah di dalam keadaan sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain kerana sangkaan kepada ada Allah yang dilakukan dengan cara:

  • memperkatakan dengan lisan lidah
  • memikirkan dengan fikirannya
  • dan ada terlintas di dalam hatinya

Yang ada hanya Allah di dalam keadaan sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Setelah tidak lagi melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, barulah seseorang itu melangkah ke hadapan dengan melaksanakan perintah Allah untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik.

Iktibar Dan Pengajaran Dari Surah Al-Baqarah Ayat 54

Surah Al-Baqarah ayat 54

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:

“Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,

maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;

iaitu “BUNUHLAH DIRI KAMU”.

Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.

Kaum Nabi Musa telah melakukan syirik dengan menyembah patung anak lembu. Perbuatan menyembah patung anak lembu adalah merupakan satu contoh dari perbuatan syirik.

Di dalam firman ini Allah telah menerangkan bahawa Nabi Musa telah memerintahkan kepada kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut melalui perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU”.

Janji Yang Telah Dijanjikan Oleh Allah

4. Surah An-Nisā' ayat 66

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):

“BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”

NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

4. Surah An-Nisā' ayat 67

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4. Surah An-Nisā' ayat 68

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

4. Surah An-Nisā' ayat 69

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

4. Surah An-Nisā' ayat 70

Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Perintah Allah

“BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”
(Surah An-Nisā' ayat 66)

Di sini ada dua perkara.

1Yang pertama “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI”

Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI” ialah seseorang itu perlu melakukan perintah Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan perintah Rasulullah SAW yang apabila dilakukan perintah tersebut hikmah yang akan berlaku ialah akan hilang keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri.

2Kedua “KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”

Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah “KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU” ialah melakukan perintah yang telah diperintahkan oleh Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan perintah yang telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW yang terkandung di dalam sunnahnya yang apabila dilakukan perintah tersebut, hikmah yang akan berlaku ialah akan mengeluarkan seseorang yang melakukan perintah tersebut dari “KEGELAPAN SYIRIK KEPADA CAHAYA TAUHID”.

2. Surah Al-Baqarah ayat 257

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (syirik) kepada cahaya (tauhid). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (tauhid) kepada kegelapan (syirik). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

5. Surah Al-Mā'idah ayat 16

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (syirik) kepada cahaya (tauhid) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

JADI SETIAP ORANG YANG INGIN MENUJU KEPADA JALAN YANG LURUS ATAU MENJADI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK MESTILAH MENGETAHUI APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERINTAH ALLAH
“BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”
(Surah An-Nisā' ayat 66)

Dan bagaimanakah yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.

76. Surah Al-'Insān ayat 29

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76. Surah Al-'Insān ayat 30

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya).

MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH YANG MANA SATU...

Perintah Allah Pada Surah Al-Muzzammil Ayat 8

Surah Al-Muzzammil ayat 8

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepada-Nya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Ini adalah cara untuk menyebut nama Allah dengan lisan lidah dan secara tersembunyi di dalam hati yang perlu dilakukan sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.

Surah Al-'Isrā' ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah nama ‘Allah’ atau nama ‘Ar-Rahman’, yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati boleh dilaksanakan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam sabda Rasulullah SAW.

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

  • Pejamkan mata mu,
  • Tongkat kan lidah mu ke langit2,
  • sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Sebelum daripada melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah SAW seperti di atas terlebih dahulu:

Setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana untuk melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah SAW seperti di atas sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah....

Setelah tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana cara untuk melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah seperti di atas mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah....

Barulah dilakukan perintah Allah:

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepada-Nya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Dengan cara tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata iaitu tidak melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah.

Tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi iaitu tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, memikirkan dengan fikiran dan tidak ada lagi yang terlintas di dalam hati tentang perkara-perkara yang menunjukkan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri.

Tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi iaitu tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, memikirkan dengan fikiran dan tidak ada lagi yang terlintas di dalam hati tentang keberadaan Allah di ketika sedang dan masih merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri.

Setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Sebut Allah, Allah, Allah dengan lisan lidah tanpa putus.

Setiap sebutan Allah yang disebut itu hendaklah dituju kepada sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Di tempat pertemuan di antara menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Sehingga sebutan Allah yang disebut dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah berlaku di dalam satu masa yang sama dan menyatu menjadi satu.

Di sinilah tempat berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah di mana tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah akan menjadi “PENYAKSIAN”.

Dan menyebut nama Allah akan menjadi sebagai “PENGAKUAN” bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah ialah sifat ketuhanan Allah.

“PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH”

“PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH” hanya berlaku di tempat pertemuan di antara menyebut nama Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah yang telah berlaku di dalam satu masa yang sama sehingga menyatu menjadi satu.

Sebelum berlaku pertemuan di antara menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah sehingga menjadi satu tidak akan berlaku “PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN” kepada sifat ketuhanan Allah.

Iktibar Pengajaran Dari Peristiwa Nabi Musa

7. Surah Al-'A`rāf dari ayat 143

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihat-Mu”. Allah berfirman: “Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihat-Ku”, Setelah Tuhannya “Tajalli” kepada gunung itu, (maka) “Tajalli-Nya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.

Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: “Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada-Mu, dan akulah orang yang awal pertama beriman.

Keterangan Hadis Yang Dicatatkan Dalam Sumber

hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi

Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?

Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah.

Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah.

Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.

Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?

Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.

Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.

Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.

Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda:

Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata: Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.

“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”. Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata: Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.

“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.

INI ADALAH CARA UNTUK MENYEBUT NAMA ALLAH DI DALAM HATI ...

Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Zikir (dengan tidak bersuara) lebih unggul dari pada zikir (dengan suara) selisih tujuh puluh kali lipat.

Jika tiba saatnya hari kiamat maka Allah akan mengembalikan semua perhitungan amal semua makhluk-makhluknya sesuai amalnya.

Para malaikat pencatat amal datang dengan membawa tulisan-tulisan mereka.

Allah berkata pada mereka, lihatlah apakah ada amalan yang tersisa pada hamba-Ku ini?

Para malaikat itu menjawab, kami tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang kami ketahui kecuali kami mencatat dan menulisnya.

Allah lalu berkata lagi (pada hamba-Nya itu), kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya.

Aku akan membalas amal kebaikanmu itu.

Kebaikanmu itu berupa zikir dengan sembunyi (tak bersuara).”

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Lakukan sehingga berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.

Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan tentang bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah SAW sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.

Kenapa Setiap Seorang Perlu Tahu Dan Boleh Menghuraikan Sendiri?

Apa itu syirik, pembahagiannya dan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi?

Supaya setiap seorang tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Apa pula akan terjadi kepada seseorang tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi?

Orang tersebut akan boleh menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Dan apabila dilakukan sesuatu perkara mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, akan berlakulah mengikut sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah kerana telah dilakukan di dalam keadaan yang tidak disertakan dengan perbuatan yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Persoalan Yang Telah Dikemukakan Oleh Allah Di Dalam Firman-Nya

2. Surah Al-Baqarah ayat 80

Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu”. Katakanlah (wahai Muhammad):

“Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?”

SUDAHKAH SESEORANG ITU TELAH MELAKUKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH SUPAYA ALLAH MEMBERIKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN TERSEBUT?...
OlehADNAN AL-YANI