❦ ✦ ❦
Orang Yang Akan Dibersihkan Daripada Sebarang Syirik

Kepada Siapakah Yang Allah Janji Untuk Pimpin Mereka Ke Jalan Yang Lurus?

Oleh Adnan Al-Yani

Janji Allah Untuk Memimpin Ke Jalan Yang Lurus

4. Surah An-Nisā' ayat 66

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):

“BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”

NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

4. Surah An-Nisā' ayat 67

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4. Surah An-Nisā' ayat 68

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

Jalan yang lurus ialah yang dibersihkan daripada sebarang syirik

Keterangan Daripada Surah Al-Ĥijr

15. Surah Al-Ĥijr ayat 39
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15. Surah Al-Ĥijr ayat 40
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.

15. Surah Al-Ĥijr ayat 41
قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ

Allah berfirman: “INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA”

15. Surah Al-Ĥijr ayat 42
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

Dengan ini menunjukkan bahawa janji Allah ialah Allah akan pimpin orang yang melakukan perintah Allah

“BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”

Ke jalan yang lurus, jalan yang lurus ialah yang dibersihkan daripada sebarang syirik, ini membawa maksud bahawa Allah akan menjadikan orang yang melakukan perintah Allah

“BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”

Sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik.

Mereka ini akan ditempatkan di dalam syurga bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang siddiqin dan orang-orang yang syahid serta orang-orang yang soleh.

4. Surah An-Nisā' ayat 69

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

Perintah Allah Dalam Surah Al-Baqarah Ayat 54

Di dalam surah dan ayat yang lain Allah telah memperjelaskan bahawa perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU” adalah merupakan salah satu jalan untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik.

Surah Al-Baqarah ayat 54

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:

“Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,

maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;

iaitu “BUNUHLAH DIRI KAMU”.

Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.

Di dalam firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 54, Allah menerangkan bahawa kaum Nabi Musa telah melakukan syirik dengan menyembah patung anak lembu.

Nabi Musa telah mengarahkan kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut dengan perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU”.

Setiap orang yang hendak dipimpin oleh Allah ke jalan yang lurus atau hendak dijadikan oleh Allah sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik mestilah tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah

“BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”
Yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah

Mengambil Jalan Mengikut Cara Yang Dikehendaki Allah

76. Surah Al-'Insān ayat 29

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76. Surah Al-'Insān ayat 30

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya).

Maksudnya apa yang dilakukan tersebut telah dilakukan mengikut dari firman Allah atau sabda Rasulullah SAW yang mana satu...
Oleh ADNAN AL-YANI