❦ ✦ ❦
Orang Yang Akan Dibersihkan Daripada Sebarang Syirik

Keterangan Daripada Firman Allah Berkaitan Hamba-Hamba Allah Yang Dibersihkan Daripada Sebarang Syirik

Oleh Adnan Al-Yani

Keterangan Daripada Surah Aş-Şāffāt

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 35

Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya; “(ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah” - mereka bersikap takbur mengingkarinya

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 36

Serta mereka berkata: “Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?”

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 37

(Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 38

Sesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 39

Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan;

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 40

Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 41

Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum,

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 42

Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan,

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 43

Di dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 69

Sebenarnya mereka telah mendapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan;

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 70

Lalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 71

Dan demi sesungguhnya, telah sesat juga - sebelum kaummu (wahai Muhammad) - kebanyakan kaum-kaum yang telah lalu.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 72

Pada hal, demi sesungguhnya, Kami telah pun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, Rasul-rasul pemberi amaran.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 73

Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran,

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 74

Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 75

Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 76

Dan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 77

Dan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar).

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 78

Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 79

“Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam!”

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 123

Dan sesungguhnya Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 124

(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia berkata kepada kaumnya: “Hendaklah kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 125

“Patutkah kamu menyembah berhala Ba‘la, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta?

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 126

“Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!”

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 127

Maka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa),

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 128

Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat, dan mendapat sebaik-baik balasan).

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 129

Dan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 130

“Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas!”

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 131

Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 132

Sesungguhnya Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 133

Dan sesungguhnya Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 134

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya semuanya,

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 135

Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 136

Kemudian Kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Lut).

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 137

Dan sesungguhnya kamu (yang menentang Nabi Muhammad): berulang-alik (melalui bekas-bekas tempat tinggal) mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 138

Dan juga pada waktu malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 139

Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 140

(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 141

(Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 142

Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 143

Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 144

Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 145

Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 146

Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 147

Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 148

(Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 149

(Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki?

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 150

Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu - perempuan?

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 151

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata:

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 152

“Allah beranak”; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta!

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 153

(Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dialah yang menciptakannya)?

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 154

Apa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 155

Setelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagi-Nya anak-pinak)?

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 156

Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)?

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 157

(Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang yang benar.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 158

(Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari akhirat).

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 159

Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu!

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 160

Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan terselamat, dan akan mendapat sebaik-baik balasan).

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 161

Maka sebenarnya kamu (wahai orang-orang musyrik), dan apa yang kamu sembah itu.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 162

Tidak akan dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya,

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 163

Kecuali orang-orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam neraka yang menjulang-julang.

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 164

(Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): “Dan tiada sesiapa pun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 165

“Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 166

“Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (menyucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)!”

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 167

Dan sebenarnya mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 168

“Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 169

“Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!”

37. Surah Aş-Şāffāt ayat 170

(Setelah Al-Quran diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka akan mengetahui kelak (akibat kekufurannya).

Yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh Iblis dan syaitan
15. Surah Al-Ĥijr ayat 39

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15. Surah Al-Ĥijr ayat 40

“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang dibersihkan dari sebarang syirik”.

15. Surah Al-Ĥijr ayat 41

Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

15. Surah Al-Ĥijr ayat 42

“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

17. Surah Al-’Isrā’ ayat 65

Sesungguhnya hamba-hamba-Ku (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

38. Surah Şād ayat 82

Iblis berkata: “Demi kekuasaan-Mu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -

38. Surah Şād ayat 83

“Kecuali hamba-hamba-Mu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas”.

Firman Allah Berkaitan Iblis Dan Hamba-Hamba Yang Dibersihkan

38. Surah Şād ayat 79
قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”.

38. Surah Şād ayat 80
قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ

Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh -

38. Surah Şād ayat 81
إِلَىٰ يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ

“Hingga ke hari masa yang termaklum”.

38. Surah Şād ayat 82
قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: “Demi kekuasaan-Mu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,

38. Surah Şād ayat 83
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

“Kecuali hamba-hamba-Mu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan”.

38. Surah Şād ayat 84
قَالَ فَالْحَقُّ وَالْحَقَّ أَقُولُ

Allah berfirman: “Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan hanya perkara yang benar Aku firmankan -

Firman Allah Yang Menjelaskan Ikhlas Ialah Bersih Daripada Sebarang Syirik

29. Surah Al-‘Ankabūt ayat 65

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepada-Nya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepada-Nya.

Tulus ikhlas lawannya syirik
Orang yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah orang yang berada di atas jalan yang lurus dan merupakan orang-orang ikhlas yang tidak boleh disesatkan oleh Iblis dan syaitan...
OlehADNAN AL-YANI