❦ ✦ ❦

Orang Yang Akan Dibersihkan Daripada Sebarang Syirik

PENDAHULUAN

Sebuah pembukaan tentang janji Allah, amal yang perlu dilakukan, dan harapan pertemuan dengan Tuhan.

Oleh Adnan Al-Yani

Dengan nama Allah Taala, yang amat murah pada menganugerahi nikmat yang besar-besar lagi amat menanugerahi nikmat seni-seni jua.

Dan rahmat Allah dan salam-Nya atas Penghulu kita Nabi Muhammad, menyudahi Ia segala nabi.

Dan dijadikan ia dari nur zat-Nya, dan daripadanyalah dijadikan sekalian perkara.

Dan atas segala keluarganya dan sahabatnya yang penghulu segala aulia’.

Dan atas segala yang mengikut bagi mereka itu, dan segala yang mengikut bagi segala yang mengikut bagi mereka itu dengan kebajikan hingga hari pembalasan.

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya telah dapat menulis sebuah buku tentang bagaimana seseorang itu perlu lakukan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid yang selama ini telah dilupakan.

Buku ini diberikan tajuk “ORANG YANG AKAN DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK”.

Persoalan Yang Telah Dikemukakan Oleh Allah Di Dalam Firman-Nya

2. Surah Al-Baqarah ayat 80

Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu”. Katakanlah (wahai Muhammad):

“Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?”

Sudahkah kita melakukan sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah supaya Allah memberikan sepertimana yang telah dijanjikan tersebut?...

Kepada Sesiapa Yang Percaya Dan Berharap Akan Pertemuan Dengan Tuhannya

18. Surah Al-Kahf ayat 109

Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.

18. Surah Al-Kahf ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;

Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun di dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.

Di Antara Janji-Janji Yang Telah Dijanjikan Oleh Allah

Firman Allah — 29. Surah Al-‘Ankabūt ayat 69

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Firman Allah — 4. Surah An-Nisā' ayat 66

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):

“BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”

NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA.

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

4. Surah An-Nisā' ayat 67

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka — dari sisi Kami — pahala balasan yang amat besar;

4. Surah An-Nisā' ayat 68

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

10. Surah Yūnus ayat 9

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. Mereka masuk ke taman yang sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.

22. Surah Al-Ĥaj ayat 23

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.

22. Surah Al-Ĥaj ayat 24

Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.

Allah akan anugerahkan kepada orang-orang beriman dan beramal soleh dengan sifat-sifat terpuji iaitu sifat siddiq, amanah, tabligh, fatanah dan sifat kemanusiaan yang elok yang di dalam bahasa Arabnya disebutkan dengan “MUHAMMADUN”.

Ikhlas dari saya
ADNAN AL-YANI